SAMPAH KEHIDUPAN DIRI
MANUSIA ibarat SAMPAH,hanya berguna apabila ingin diguna,tapi hakikatnya? Setelah diguna,hanya akan dibuang. Begitu jua diriku,selalu melepaskan peluang yang ada di depan mata. Tidak pernah inging mengambil peluang yang telah tersedia di depan mata. Hanya ingin mengikut nafsu haloba semata-mata. Tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi, sentiasa ingin lebih. Lumrah alam,begitu juga AKU. Hanya muhasabah diri menjadi pendorong hidup. Aku bersyukur kerana Tuhan memberikan aku kelebihan kepada aku untuk berfikir, tapi aku? Bodoh sombong kerana selalu terlambat. Nasi sudah jadi bubur baru mahu menggunakan otak. Kelemahan dan kedaifan manusia SAMPAH ada pada diriku. Kadang-kadang aku tertanya pada diri,untuk apa dilahirkan di dunia? Adakah kerana ingin melihat dunia semata-mata? Dunia yang penuh dusta,pancaroba,dan macam-macam lagi kejahatan. Pengeluhan aku ibarat tiada penghujung. Nama aku Mohd Faiz, tp aku lebih selesa di panggil APEX HURUHARA, dan kerana itulah juga hidupku huruhara,mungkin. Secebis rasa yang aku rasa,tiada sesiapa yang mengetahui. Penderitaan yang berselindung disebalik senyuman,disebalik setiap gelak tawa yang telah ku buat. Seandainya ada yang mengetahui apa yang aku rasa, mungkinkah beliau akan menaip seperti diriku? Tertanya-tanya padaku sendirian.